Tuesday, January 26, 2010

penguasaan guru dalam ICT


pendidikan bergerak selangkah maju ke hadapan lagi apabila semua warga pendidik digalakkan untuk menguasai kemahiran ICT dalam pendidikan. klik sini - utusan 13/1/10

Timbalan Perdana Menteri berkata, kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai terutama dalam urusan mendidik anak bangsa selari dengan kemajuan negara. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum. Sejauhmanakah guru-guru mencari jalan untuk menggunakan kemahiran ICT dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang dan berubah dari masa ke masa? Dan sejauhmanakah guru sendiri mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan ICT secara berkesan? Apakah yang sebenarnya dapat dilakukan untuk meningkatkan dan memperbaik tahap keberkesanan ICT di sekolah? Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi jarang sekali diaplikasikan di dalam kelas. Umumnya, ini kerana kemudahan makmal komputer untuk mempelajari bahasa sangatlah terhad di kebanyakan sekolah. Namun begitu, ada juga sekolah yang mempunyai kemudahan lengkap untuk mempelajari kemahiran ICT. Sikap positif dan inisiatif guru unuk menggunakannya adalah sangat penting dalam soal ini. apatah lagi dengan kederasan ilmu yang membuak-buak dalam teknologi ini. peri pentingnya setiap guru menguasai kemahiran ICT untuk membina generasi yang celik ICT.