Friday, February 5, 2010

sp1: ambong-ambong





satu hari satu pokok - azam aku suapaya aku dapat menghafal dan mengenal banyak pokok.

jadi aku pilih pokok yang pertama iaitu pokok ambong-ambong.
aku pun tak pernah kenal pokok ni. apatah lagi bertemu dengannya.
dalam botani kita ada nama saintifik dia iaitu Scaevola taccada. opsss.. jangan lupa nama spesies kena sengetkan. itu adalah etika dalam botani.

aku rujuk buku ong hean chooi terbitan utusan publication&distribution. best buku ni, dalam bahasa melayu dan banyak keterangan tentang pokok tumbuhan liar. banyak lagi buku best pasal tumbuhan, tapi aku mampu beli buku ni. kalau yang menjadi rujukan saintis lagi best, tapi untuk paparan blog ku ini, cukuplah buku ong ni dulu.

ambong-ambong daripada famili goodeniaceae. camne aku nak terang eh. dalam taksonomi kita ada hierarki. ala, macam sistem piramid atau pangkat lah. paling senang, aku bagi contoh, sultan dibawahnya ada 3 iaitu perundangan, pemerintahan dan kehakiman (kalau salah beritahu aku). di bawah pemerintahan ada perdana menteri. di bawah perdana menteri ada portfolio menteri. dan di bawah menteri ada lagi cabang2.

dalam hierarki taksonomi pun cam gitu, paling besar (atas piramid) kita ada kingdom. di bawah kingdom ada peringkat2 dia dan antaranya adalah famili. bawah famili ada genus. bawah genus ada spesies. dan spesies untuk hari ni adalah Scaevola taccada.

ambong-ambong adalah pokok renek atau kecil setinggi 3 meter. daun jenis ringkas, berselang seli, panjang daun 25 cm, lebar 10 cm. bunga pada jambak pendek dihasilkan pada ketiak daun. kelopak korola berwarna putih dan putih campur biru muda. lebih kurang 2.5cm panjang. tiub bunga berbulu kuning. buah jenis beri, muda warna hijau dan masak warna putih. biji ada lapisan gabus dan boleh terapung atas air.

sumber internet:

Scaevola taccada (syn. Scaevola sericea) is found on tropical beaches of the Pacific and Indian Oceans. Due to its large native range, Scaevola taccada goes by many different local names. In Hawaiian, it is called naupaka kahakai. English common names include beach naupaka, beach scaevola, fan flower or half flower.
lanjut klik sini

2 comments:

  1. Salam.

    Permulaan yang baik. Teruskan usaha anda. Cuma, kalau boleh, utamakan tumbuhan tempatan. Jom kita perkenalkan khazanah tumbuhan yang ada di Malaysia ke persada dunia. Siapa lagi hendak kaji tumbuhan di Malaysia kalau bukan kita rakyat Malaysia.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. hehehe...pernah trjumpa buku ttg botani, byk info2 ttg bnyk jenis tumbuhan di dunia...sygnya dia dlm bhsa Latin, bhsa para saintis...
    Good effort, ya akhi...:D

    ReplyDelete