Tuesday, March 23, 2010

i- tutor

pendidikan menjadi satu saluran utama dalam melahirkan generasi yang berpengetahuan dan berjaya. namun, kerap kali para pelajar sering terlena dan dibuai mimpi dalam menuntut ilmu. dengan adanya i-tutor pada masa hadapan, teknologi akan menjaga kita dan membantu kita dalam terus belajar dan menuntut ilmu. i- tutor adalah satu kaedah kecerdasan teknologi dalam pendidikan. dan seharusnya i-tutor dimanfaatkan oleh semua pelajar untuk terus berjaya. insyaAllah.

untuk paparan asal, klik sini

kelas pada masa hadapan

mengilhamkan harapan mencipta masa hadapan. melihat kepada pelajar cilik ini pasti kita menyangka bahawa beliau sedang bermain permainan komputer. tetapi hakikatnya, dia sedang berlatih untuk mempersembahkan tentang gunung berapi. kini, teknologi sangat membantu pelajar ini. kita dapat melihat, pelajar cilik ini memberi penjelasan yang fakta dan membosankan. sedikit sebanyak ia mempengaruhi tumpuan pelajar-pelajar lain. terutama generasi kanak-kanak. jika terus diperhati video, bagaimana teknologi membantu dalam memberi tumpuan dan pemahaman kepada pelajar lain. pemaparan secara langsung letusan gunung berapi sangat memberi perhatian penuh dan minat untuk pelajar. justeru, inilah teknologi yang kita mahu manfaatkan dalam pendidikan di Malaysia. terutama apabila pelajar sangat terpengaruh dan terbiasa dengan pembangunan teknologi yang semakin berkembang.

untuk paparan yang lebih cepat klik sini

Tuesday, March 9, 2010

aspirasi pendidikan


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan besar kepada kehidupan sebahagian besar penduduk dunia dari segi cara kerja dan cara belajar. Seiring dengan perkembangan era globalisasi ini, institusi-institusi pengajian perlu mempunyai hala tuju masing-masing dalam membekalkan cabaran pendidikan kepada pelajar-pelajarnya. Pendedahan sedemikian merupakan keperluan pembelajaran yang perlu untuk pelajar-pelajar selaras dengan perkembangan dalam dunia pendidikan semasa. Institusi pendidikan perlu memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membawa perubahan kepada kurikulum sekolah menerusi penggunaan teknologi. Institusi-institusi pendidikan perlu menukar paradigmanya, dari hanya melahirkan pelajar yang berkemahiran tertentu kepada pelajar atau warganegara yang boleh dijadikan sumber rujukan, boleh mentadbir dan boleh digunakan sebagai penyelesai masalah. Kemahiran sedemikian adalah merupakan proses pembelajaran seumur hidup untuk kita terus menimba ilmu dalam pelbagai cara. Oleh itu, yang bakal memikul tanggungjawab ini adalah guru-guru. Marilah bersama dalam membantu aspirasi negara dalam membangun pelajar melalui teknologi

pena digital


pena digital suatu rekaan yang bakal dicipta pada masa akan datang. pena digital bakal menjadi satu 'trend' kepada semua pelajar kelak.


apakah keistimewaan pena digital ini?
pena dan pensil yang hanya diguna untuk menulis pada tika ini, kelak, pena digital bakal menyalin 'copy' segala yang ditunjukkan oleh hujung pena.
proses penyalinan ini disalin satu persatu, dan menjadi seperti mesin pengimbas 'scanner' dan sekaligus terus tersimpan dalam cakera penyimpan pada pena itu. apabila pena ini dihubungkan dengan komputer, ia akan keluar perkataan demi perkataan, dan pengguna boleh mengubah segala ayat sepeti dalam Microsoft Word. ini sangat memudahkan pelajar untuk mendapatkan idea2 daripada buku yang dibaca, dan menyimpan data dalam pena tersebut. selain itu pena ini dapat membantu dalam mengimbas perkataan yang tak difahami, dan serta merta, skrin pada pena menunjukkan terjemahan perkataan tersebut. dengan pena ini, ia akan memberi peluang yang segera untuk pelajar memahami sesuatu bahan bacaan. pena ini bakal menggantikan kamus dan kamus elektronik. kelebihan lain ialah pena ini mampu mengesan segala percakapan kita, dan akan menyimpan dalam cakera penyimpan dalam pena ini. percakapan ini akan disimpan dalam bentuk tulisan satu persatu mengikut percakapan yang dirakam. ini memberi banyak manfaat untuk pelajar merakam pengajaran guru dalam kelas dan melihat balik dalam bentuk penulisan. pelbagai lagi fungsi pena yang bakal memberi manfaat kepada semua pelajar.

teknologi menarik minat pelajar


teknologi kini sangat membantu pemahaman dalam diri pelajar.
jika diperhati 10 tahun yang lalu, pengajaran hanya berdasarkan kapur tulis dan marker pen. pemahaman yang diterima oleh pelajar itu berbeza-beza mengikut kadar fokus mereka. adakala fokus ini dahulu diganggu dengan faktor jarak dengan guru. tidak dinafikan juga, kawan-kawan banyak mempengaruhi fokus tumpuan pembelajaran. natijahnya, ia memberi perbezaan yang ketara antara pelajar fokus dan tidak fokus. oleh itu, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelajar untuk terus tidak memahami pembelajaran itu. kini, teknologi membantu banyak guru-guru memberi pemahaman kepada semua pelajar tanpa perlu mengulang pembelajaran berulang-ulang kali. paling jelas, pemahaman dalam matapelajaran sains amat sukar, dan memerlukan imaginasi. namun, dengan adanya teknologi, segala yang mustahil menjadi pasti. pelbagai simulasi dan video berkenaan sains dapat disediakan dalam pelbagai gambaran yang menarik minat pelajar. bahan bantu mengajar ini sangat efektif dan memberi pemahaman yang lebih kepada pelajar dan mereka tidak bosan untuk terus belajar dan memahami.

Friday, February 5, 2010

sp1: ambong-ambong





satu hari satu pokok - azam aku suapaya aku dapat menghafal dan mengenal banyak pokok.

jadi aku pilih pokok yang pertama iaitu pokok ambong-ambong.
aku pun tak pernah kenal pokok ni. apatah lagi bertemu dengannya.
dalam botani kita ada nama saintifik dia iaitu Scaevola taccada. opsss.. jangan lupa nama spesies kena sengetkan. itu adalah etika dalam botani.

aku rujuk buku ong hean chooi terbitan utusan publication&distribution. best buku ni, dalam bahasa melayu dan banyak keterangan tentang pokok tumbuhan liar. banyak lagi buku best pasal tumbuhan, tapi aku mampu beli buku ni. kalau yang menjadi rujukan saintis lagi best, tapi untuk paparan blog ku ini, cukuplah buku ong ni dulu.

ambong-ambong daripada famili goodeniaceae. camne aku nak terang eh. dalam taksonomi kita ada hierarki. ala, macam sistem piramid atau pangkat lah. paling senang, aku bagi contoh, sultan dibawahnya ada 3 iaitu perundangan, pemerintahan dan kehakiman (kalau salah beritahu aku). di bawah pemerintahan ada perdana menteri. di bawah perdana menteri ada portfolio menteri. dan di bawah menteri ada lagi cabang2.

dalam hierarki taksonomi pun cam gitu, paling besar (atas piramid) kita ada kingdom. di bawah kingdom ada peringkat2 dia dan antaranya adalah famili. bawah famili ada genus. bawah genus ada spesies. dan spesies untuk hari ni adalah Scaevola taccada.

ambong-ambong adalah pokok renek atau kecil setinggi 3 meter. daun jenis ringkas, berselang seli, panjang daun 25 cm, lebar 10 cm. bunga pada jambak pendek dihasilkan pada ketiak daun. kelopak korola berwarna putih dan putih campur biru muda. lebih kurang 2.5cm panjang. tiub bunga berbulu kuning. buah jenis beri, muda warna hijau dan masak warna putih. biji ada lapisan gabus dan boleh terapung atas air.

sumber internet:

Scaevola taccada (syn. Scaevola sericea) is found on tropical beaches of the Pacific and Indian Oceans. Due to its large native range, Scaevola taccada goes by many different local names. In Hawaiian, it is called naupaka kahakai. English common names include beach naupaka, beach scaevola, fan flower or half flower.
lanjut klik sini

Tuesday, January 26, 2010

penguasaan guru dalam ICT


pendidikan bergerak selangkah maju ke hadapan lagi apabila semua warga pendidik digalakkan untuk menguasai kemahiran ICT dalam pendidikan. klik sini - utusan 13/1/10

Timbalan Perdana Menteri berkata, kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai terutama dalam urusan mendidik anak bangsa selari dengan kemajuan negara. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum. Sejauhmanakah guru-guru mencari jalan untuk menggunakan kemahiran ICT dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang dan berubah dari masa ke masa? Dan sejauhmanakah guru sendiri mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan ICT secara berkesan? Apakah yang sebenarnya dapat dilakukan untuk meningkatkan dan memperbaik tahap keberkesanan ICT di sekolah? Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi jarang sekali diaplikasikan di dalam kelas. Umumnya, ini kerana kemudahan makmal komputer untuk mempelajari bahasa sangatlah terhad di kebanyakan sekolah. Namun begitu, ada juga sekolah yang mempunyai kemudahan lengkap untuk mempelajari kemahiran ICT. Sikap positif dan inisiatif guru unuk menggunakannya adalah sangat penting dalam soal ini. apatah lagi dengan kederasan ilmu yang membuak-buak dalam teknologi ini. peri pentingnya setiap guru menguasai kemahiran ICT untuk membina generasi yang celik ICT.