Tuesday, March 9, 2010

aspirasi pendidikan


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan besar kepada kehidupan sebahagian besar penduduk dunia dari segi cara kerja dan cara belajar. Seiring dengan perkembangan era globalisasi ini, institusi-institusi pengajian perlu mempunyai hala tuju masing-masing dalam membekalkan cabaran pendidikan kepada pelajar-pelajarnya. Pendedahan sedemikian merupakan keperluan pembelajaran yang perlu untuk pelajar-pelajar selaras dengan perkembangan dalam dunia pendidikan semasa. Institusi pendidikan perlu memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membawa perubahan kepada kurikulum sekolah menerusi penggunaan teknologi. Institusi-institusi pendidikan perlu menukar paradigmanya, dari hanya melahirkan pelajar yang berkemahiran tertentu kepada pelajar atau warganegara yang boleh dijadikan sumber rujukan, boleh mentadbir dan boleh digunakan sebagai penyelesai masalah. Kemahiran sedemikian adalah merupakan proses pembelajaran seumur hidup untuk kita terus menimba ilmu dalam pelbagai cara. Oleh itu, yang bakal memikul tanggungjawab ini adalah guru-guru. Marilah bersama dalam membantu aspirasi negara dalam membangun pelajar melalui teknologi

No comments:

Post a Comment